in , , ,

ASEAN Reunion Tekken Tournament: Fighting Game Scene Malaysia Masih Happening!

Semalam JomGaming sempat join kipas-susah-mati Tekken di dalam ASEAN Reunion Tekken Tournament di MARA Digital Busana @ Menara MARA! Gile hype event nih!

Terasa aura tournament esports dengan kehadiran skrin besar gini!

Sejurus selepas melangkah masuk pintu hadapan MARA Digital Busana, team JomGaming disambut dengan sebuah skrin gergasi yang menjadi backdrop kepada keseluruhan tournament ini! Meriah seyhh!

JomBaca: ASEAN Reunion Tekken Tournament: Mana Dia Fighters Malaysia?

Pertandingan yang melibatkan 32 peserta ini menyaksikan saat-saat cemas, moment clutch dan persembahan skill Tekken yang benar-benar menyeronokkan! Sepanjang kitorang berada di sini, ada saja jeritan cemas dan sorak-sorai kegembiraan yang terbit bukan sahaja daripada para peserta, bahkan dari para penonton yang hadir!

Kecik-kecik cili padi! Simple tapi meriah beb!

Turut memeriahkan suasana adalah keletah commentator / pengacara-pengacara majlis tournament ini! Diorang siap cosplay sebagai Lee Chaolan dan Leo Kliesen – character-character dalam Tekken, dan sepanjang tournament itu, mereka tak henti-henti memberi komentar terhadap perlawanan dan mengeluarkan respons-respons yang menghiburkan!

P_20160227_140537
Good job guys! JomGaming suka korang punya cara! Thanks Lee dan Leo!
Lili dan Devil Jin pon ada! Hahaha

Jom kita sembang pasal tournamentnya pulak! Seperti yang kitorang kongsikan sebelum ini, ASEAN Reunion Tekken Tournament ini menyaksikan invitational fighters dari serata ASEAN seperti Thailand dan Indonesia, malahan ada fighters yang datang dari Pakistan dan UAE! Memang terasa macam regional tournament!

Stream
Klik thumbnail di atas untuk ke stream ASEAN Reunion Tekken Tournament semalam! Aksi bermula sekitar minit ke-8.

Kalau korang nak tengok sebahagian daripada perlawanan yang sempat di-stream semalam, korang boleh klik SINI untuk melawat channel Twitch Desangel213!

Tekken Art Brackets
Dapatkan senarai penuh tournament brackets di SINI.

Selepas perlawanan penuh suka-duka dari jam 11 pagi – akhirnya keputusan ASEAN Reunion Tekken Tournament ini telah diumumkan!

Tekken Art Winners

Tahniah diucapkan kepada champion Nopparut Hempamorn (BOOK), pemenang tempat kedua Muhammad Adriansyah (Meat), pemenang tepat ketiga Marwan Ghilan (Shrimboo) dan kesemua peserta acara ini! Korang mempamerkan semangat juang yang tinggi dan membuktikan scene fighting game di Malaysia ini masih hangat membara!

3183e15d-95ae-4084-95fb-deff8daebebd

3ce3e56a-0df5-40f6-a155-f3862615525b

Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak penganjur Cemong Computer Technology & Tekken Malaysia Community dengan kerjasama KITAMEN, Projeckt, Infinite Carnage, MARA Digital, DxRacer, HeavyArm, MaxLink4Gamers dan Abaq kerana menganjurkan acara yang awesome ini!

So, bila next tournament yang akan datang?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League Bakal Hadir Dengan Disk Fizikal!

Sony: Mendaftar Hak Paten Untuk Sebuah Peranti VR