in , , ,

Asalnya Assassin’s Creed Pertama Tiada Side Missions, Tapi Ditambah Dalam Masa Hanya 5 Hari

Dalam sesebuah game open-world moden pada masakini, side missions boleh dikatakan sebagai kandungan yang wajib ada. Sama jugalah kisahnya untuk francais Assassin’s Creed sejak julung kalinya diperkenalkan.

Walau bagaimanapun, ada satu kisah menarik yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini, telah dikongsikan di Twitter oleh Charles Randall, bekas pembangun di Ubisoft yang pernah terlibat dengan dua game pertama Assassin’s Creed.

Beliau telah mendedahkan bahawa pada asalnya, game pertama Assassin’s Creed tidak mempunyai rancangan untuk menampilkan side missions. Ianya telah ditambah kemudian di hujung pembangunan.

Semasa game itu boleh dikatakan hampir siap, CEO Ubisoft pada ketika itu telah memberikan game itu kepada anak lelakinya untuk mencuba. Anaknya itu mengatakan yang Assassin’s Creed yang pertama itu terlalu bosan kerana tiada apa yang boleh dilakukannya.

Oleh itu, Randall telah diarahkan oleh ketuanya untuk menambah beberapa aktiviti sampingan. Kita mungkin akan terfikir bahawa kandungan side missions ini bakal mengambil beberapa minggu atau bulan pula untuk ditambah ke dalam game, tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau telah diarahkan untuk menyiapkannya dalam masa hanya 5 hari sebelum game itu di-burn ke dalam disk untuk dihantar ke kedai-kedai untuk pelancaran.

Mungkin inilah puncanya mengapa suatu ketika dulu francais Assassin’s Creed cukup terkenal sebagai sebuah game yang mempunyai banyak bug dan glitch? Disebabkan budaya yang kerja yang tergesa-gesa pada saat-saat akhir?

Assassin’s Creed yang pertama dilancarkan pada 2007 untuk PC, PS3 dan Xbox 360.

Sumber: Gamespot

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Manchester United Saman Football Manger Kerana Menggunakan Nama Kelab Itu Tanpa Kebenaran

Manchester United Saman Football Manger Kerana Menggunakan Nama Kelab “Terlalu Meluas”

Angkara Penggodam, Story Mode Dalam GTA V Sekarang Diserang UFO Makhluk Asing

Angkara Penggodam, Story Mode Dalam GTA V Sekarang Diserang UFO Makhluk Asing