in , , , , ,

Asal-Usul Game-Game Battle Royale – Lengkap Lagi Mutlak!

Tudia tajuk artikel – angkuh! Kalau ada game Battle Royale aku terlepas, bagitau kat komen. Aku masukkan nama game dengan nama korang sekali. Kira macam crowd-sourced article la konon. Pehh.

Tahun 2018 adalah tahun bagi game bergenre Battle Royale. Semua orang gila Battle Royale. Aku faham nikmat game-game sebegini. Jadi aku terfikir nak tengok banyak mana game-game Battle Royale yang ada sehingga kini dan jadikan artikel atau video.

Tiba-tiba rasa tak sedap pulak kalau hanya list down game Battle Royale tanpa menghayati susur-galur genetik genre game Battle Royale ini. Jadi, jom aku jadi Cikgu Sejarah dan sekolahkan korang sikit…

OK murid-murid – fokus plis. Ni Cikgu nak cerita sikit. Siapa bising cikgu piap piap!

Benih Battle Royale

Kita mulakan dengan filem yang kerap dipetik sebagai inspirasi genre ini – filem Battle Royale (2000) dan sekuelnya Battle Royale II: Requiem (2002). Aku sendiri masa mula-mula tengok movie ni (zaman beli DVD kat pasar malam), dah terbayang-bayang dah betapa bestnya kalau movie ni dijadikan game. Malahan, Brendan “PlayerUnknown” Greene yang membangunkan PUBG turut menyatakan filem ini sebagai inspirasi kepada game popular tersebut. Tapi tu kita cerita kemudianlah.

Sebagai gamer FPS yang membesar dalam zaman arena shooter seperti Unreal Tournaments dan Quake, konsep game weapon pickup, last-man-standing seperti di dalam filem Battle Royale ini begitu mengujakan aku yang melalui zaman alpha FPS multiplayer gamer – untuk menjadi yang terhebat dari yang hebat.

Bukan itu sahaja, pelbagai konsep dari filem ini turut dijadikan mechanics permainan game bergenre sedemikian. Map yang besar biasanya di pulau, senjata dan barangan yang berselerak random di dalam map, pemain yang terjun masuk ke map multiplayer tersebut sehelai sepinggang, faktor masa dan zon selamat, last-man-standing – semua ini adalah karakteristik yang memang dicedok dari filem tersebut. Pergi tengok movie tuh baru sembang sini.

Written by Big Boss

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Lebih Banyak Javelins Mungkin Ada Lepas Anthem Dilancarkan – Baca Senarai Update Ni!

Sony Yakin Akan Temui Solusi Kepada Isu Cross-Play Dengan Platform Pesaing Lain