in , , , ,

Arslan The Warriors of Legend: Dynasty Warrior Versi Anime!

arslan-001

Nampaknya satu lagi siri anime akan korang dapat mainkan di dalam console korang nanti. Apakah game itu?

Arslan: The Warriors Of Legend dari developer Koei Tecmo America akan berada di pasaran pada 9 Februari 2016.

arslan-002

Game berkonsepkan action/hack and slash ini akan berada pada console PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Diinspirasikan dari karya asal novel pada lewat 1980 dan juga telah diadaptasikan ke dalam anime, game Arslan: The Warriors Of Legend ini mengisahkan perjuangan Arslan – seorang putera raja yang telah dibuang setelah kerajaan ayahnya digulingkan.

arslan-003

Korang akan bermain sebagai Arslan dan juga beberapa pengikut setianya di dalam misi menuntut kembali kerajaan yang telah diambil dari ayahnya.

Jom kita tengok trailer game Arslan: The Warriors Of Legend:

So amacam guys, best ke tak trailer game ni? So peminat game hack and slash konfem beli game ni kan?

ADIOS!!

What do you think?

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Bandar New York Adalah Indah Jika Korang Menikmatinya

Rainbow Six Siege: Operator Jepun Mula Diintai-Intai!