in , , , , , , ,

Ariana Grande Adalah Bintang Seterusnya Dalam Konsert Fortnite, Berlangsung Selama 3 Hari

Epic Games telah mengumumkan bahawa bintang seterusnya yang akan tampil memeriahkan konsert dalam Fortnite ialah Ariana Grande.

Digelar Rift Tour, acara istimewa ini bukan hanya akan berlangsung sekali sahaja, tetapi lima kali. Berbeza dengan konsert-konsert dalam Fortnite sebelum ini yang hanya sekali, para pemain kini boleh merancang bersama rakan-rakan untuk menonton pada hari dan masa yang paling selesa.

Fortnite Rift Tour akan berlangsung sebanyak lima dalam tempoh tiga hari. Kesemua lima konsert itu adalah persembahan yang sama. Dalam kata lain, pemain di seluruh dunia boleh sama-sama menontonnya mengikut waktu yang paling sesuai.

Berikut ialah jadualnya (waktu Malaysia):

  • 7 Ogos, 6 pagi
  • 8 Ogos, 2 pagi
  • 8 Ogos, 12 tengah hari
  • 8 Ogos, 10 malam
  • 9 Ogos, 6 pagi

Epic menyarankan agar pemain menyertai acara itu 60 minit lebih awal sebelum konsert itu bermula kerana ia akan bermula 30 minit lebih awal dengan beberapa pengalaman bertemakan Fortnite, sebelum acara utama, penampilan Ariana Grande.

Selain itu, beberapa item dalam game yang bertemakan Ariana Grande juga akan dikeluarkan. Ada item yang dapat percuma semasa menonton konsert, ada yang perlu lengkapkan Quest, dan ada juga yang boleh dibeli di Item Shop.

Untuk butiran lanjut mengenai acara Rift Tour dengan penampilan istimewa Ariana Grande ini, korang boleh bacanya di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bos Sony Sahkan Nixxes Akan Bawa Lebih Banyak Game PlayStation Ke PC

Football Manager Mulakan Projek Jangka Panjang Untuk Memperkenalkan Bola Sepak Wanita