in , , , ,

Aria Chronicle: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Antara ritual tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi dalam darah keluarga diraja atau serangan raksasa yang bakal menggoncangkan dunia. Manakah yang Aria akan pilih? Itulah yang akan berlaku dalam pengembaraannya.

Aria Chronicle merupakan sebuah game strategi turn-based role-playing game (RPG) yang dibangunkan oleh Studio N9 dan diterbitkan oleh CREST untuk platform PC dan akan hadir ke Nintendo Switch pada tahun ini nanti.

PLOT

Aria Chronicle mengisahkan tentang seorang puteri dari kerajaan Tamageria bernama Aria yang menjelajah bersama dengan Paladin Tila dan pembantunya Gerom dalam misi menyempurnakan ritual yang diturunkan dari generasi ke generasi dalam darah keluarga diraja.

Namun, semua perancangan mereka menyimpang jauh apabila perjalanan mereka diganggu oleh sekumpulan penganut ajaran sesat yang mahu menghidupkan kembali naga kegelapan yang pernah memusnahkan kerajaan Tamageria dulu. Kumpulan penganut ajaran sesat itu menyimpan dendam terhadap kerajaan Tamageria dan mereka mahu membina dunia yang lebih baik.

Maka, puteri Aria, Paladin Tila dan Gerom bekerjasama dengan penduduk kampung Latebra untuk menghalang misi kumpulan penganut ajaran sesat daripada menghidupkan kembali naga kegelapan.

Walaupun plotnya nampak biasa, tapi setiap babak dalam cerita ini cukup untuk membuatkan pemain tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya kerana ia seperti satu isu membawa kepada isu lain yang perlu dirungkai oleh Aria. Pemain yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang Tamageria juga boleh mencari codex di dalam dunia dungeons.

Setiap karakter diperkenalkan dengan baik dan setiap teks dialog juga ada humor dan suspensnya. Malah, dialog yang dipertuturkan dalam game ini juga dalam Bahasa Jepun, jadi pemain takkan rasa sunyi semasa melihat setiap babak teks dialog. Bagi penulis, plotnya menarik dan tidak membosankan.

GAMEPLAY

Terdapat 12 job atau kelas yang boleh pemain pilih untuk Aria dalam menentukan gaya permainan mana yang pemain mahukan. Antara kelas yang disediakan adalah seperti Warrior, Paladin, Mage, Ranger, Rogue, Priest, Exile dan banyak lagi. Setiap kelas mempunyai skill tersendiri dan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan dari segi serangan mahupun pertahanan. Ada beberapa kelas berbeza jika digabungkan tenaga mereka mampu menghasilkan kombo yang kuat.

Di kampung Latebra, pemain boleh lakukan beberapa perkara di sini. Village hall menyediakan tempat di mana jika item tidak muat dimasukkan dalam inventory pemain, item itu akan dihantar ke village hall. Namun, penulis merasakan fungsi itu tidak berfungsi dengan baik kerana setiap kali ia berlaku, item yang tidak muat tidak pernah dihantar ke sana. Tavern pula menyediakan fungsi untuk pemain mengupah pahlawan-pahlawan, pemain boleh membawa sehingga lima orang dalam pertarungan.

Smithy ialah tempat di mana pemain boleh beli dan cipta senjata. Alchemy lab berfungsi sebagai tempat untuk membeli potion HP, mana dan sebagainya. Jika ada ahli yang mati dalam pertempuran, mereka boleh dihidupkan semula di Church. Black market pula tempat untuk membeli item rare. Semua tempat yang disebut di atas boleh ditingkatkan fungsi mereka supaya pemain boleh beli dan cipta items yang lebih kuat dan rare.

Terdapat main quest dan repeatable quest. Repeatable quest boleh dimainkan berulang kali dengan tujuan untuk tingkatkan level pemain, kumpulkan sumber dan coins. Main quest pula mengikuti jalan cerita dengan cut scene dipaparkan. Namun, penulis mengharapkan semasa babak dipaparkan, fungsi auto next scene disediakan sebagai alternatif selain perlu klik secara manual untuk pergi ke babak lain.

Main quest dan repeatable quest ini dipanggil sebagai dungeons. Map dungeon dibahagikan kepada beberapa blok seksyen. Setiap seksyen mungkin pemain akan jumpa chest, perangkap, sumber yang boleh dikumpulkan dan juga monster. Setiap perjalanan akan memakan tenaga mental setiap ahli. Jika rendah sangat tenaga mental mereka, ahli kumpulan akan meninggalkan dungeon.

Dalam mode pertarungan, setiap karakter mempunyai giliran masing-masing sebelum boleh lakukan serangan. Pemain boleh merancang strategi bilakah mahu melepaskan serangan, pertahanan dan lakukan serangan ultimate. Ada beberapa main quest di mana pemain akan bertempur dengan boss. Dungeon yang telah diselesaikan, pemain akan diberikan ganjaran experience points dan coins.

Kesemua sumber yang telah dikumpulkan atau coins yang diperolehi, pemain boleh gunakan untuk beli atau cipta senjata, armor dan item-item lain. Setiap senjata mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Namun, penulis mengharapkan apabila armor di badan dan anggota-anggota lain dipakaikan pada karakter, imej penampilan mereka akan diubah, tapi tidak. Yang diubah hanyalah senjata sahaja, jadi perasaan seperti pemain memang sedang tingkatkan kekuatan karakter tidak terasa kerana tiada perubahan imej pada karakter.

Selain main quest, mode arena juga disediakan bagi mereka yang mahukan cabaran yang lebih dan untuk dapatkan item yang lebih rare. Namun, agak kurang berminat dengan mode itu kerana ia agak repetitif. Penulis melawan monster yang sama seperti di main quest dan repeatable quest. Adalah lebih baik jika monsters khas yang dikhususkan untuk mode arena sahaja disediakan supaya memberikan kelainan kepada pemain.

Walaupun ada beberapa kekurangan, tapi ia adalah kekurangan kecil sahaja. Jika pemain betul-betul tumpukan untuk tingkatkan level karakter, kumpulkan sumber dan coins ke tahap maksimum dengan melakukan repeatable quest dan main quest, pemain boleh capai masa bermain sehingga 30 jam.

GRAFIK

Penulis suka dengan grafik 2D yang dipaparkan dalam Aria Chronicle. Setiap karakter dan monsters mempunyai reka bentuk yang menarik dan unik. Lokasi seperti hutan, padang pasir, pergunungan salji dan lain-lain juga dipaparkan dengan visual gaya seni yang menarik untuk dilihat. Secara keseluruhan, grafik Aria Chronicle baik dan menarik.

MUZIK

Aria Chronicle mendendangkan soundtrack yang boleh melahirkan situasi dan emosi yang berbeza mengikut lokasi. Sebagai contoh, lokasi pergunungan salji mempunyai lagu yang seakan-akan kisah dongeng. Tapi apabila lokasi berubah ke bandar terbiar, lagu mula berubah kepada lebih serius dan menyeramkan. Muzik juga baik dalam Aria Chronicle.

+ Jalan cerita yang best dan tidak membosankan
+ Gameplay yang baik
+ Grafik menarik dan reka bentuk setiap karakter best
+ Muzik yang dapat melahirkan pelbagai emosi

– Imej penampilan karakter tidak berubah walapun memakai item lain
– Mode arena yang biasa dan repetitif

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
2 Pemain Malaysia Layak Ke PES World Finals Untuk Kategori Xbox One Dan PC

Muazz Mara Ke Separuh Akhir Di PES World Finals, Malaysia Bawa Pulang Lebih RM40,000

Football Manager 2021 Akan Dilancarkan Ke Platform Baharu - Adakah PS5 Dan Xbox Series X?

Football Manager 2021 Akan Dilancarkan Ke Platform Baharu – Adakah PS5 Dan Xbox Series X?