Tarikh 1 April pada setiap tahun akan diraikan April Fool di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat dan jenama akan mengeluarkan jenaka mereka sendiri untuk perayaan ini.

PlayStation Asia juga tidak mahu terlepas dalam membawakan jenaka mereka, iaitu mereka telah memperkenalkan jualan keychain berbentuk konsol yang menggunakan saiz sebenar dalam satu video trailer.

Apa yang paling melucukan ialah kononnya rekaan keychain ini mengikut saiz sebenar, setiap perincian akan mengikut konsol PlayStation sebenar, malah beratnya juga adalah sama dan juga boleh berfungsi. Berdekah kami melihatnya apabila keychain sebesar itu dilekatkan di perkara-perkara kecil seperti kunci dan telefon pintar.

Korang boleh layan videonya di bawah:

JomKomen!