in , , , ,

Apple Mengatakan Yang iPad Pro Baru Mempunyai Prestasi Grafik Yang Sama Hebatnya Dengan Xbox One S

Dua minggu lalu, kita dikejutkan apabila Huawei mempromosikan telefon pintar terbaru mereka, Mate 20 X sebagai peranti gaming mudah-alih yang lebih baik berbanding Nintendo Switch.

Terbaru, satu lagi peranti telah dibandingkan oleh pengeluarnya sendiri dengan satu lagi hardware gaming dari syarikat lain.

Dalam acara media yang diadakan Apple semalam, syarikat teknologi gergasi itu mengatakan yang iPad Pro baru yang diperkenalkan mereka itu mampu menampilkan prestasi grafik yang sama seperti Xbox One S keluaran Microsoft.

Dalam acara tersebut, Apple menyatakan yang iPad Pro baru itu dapat menandingi prestasi grafik ini melalui produk yang 94% lebih kecil tanpa keperluan menggunakan AC cord. Selain itu, mereka juga mengatakan yang ia lebih pantas daripada 92% PC mudah-alih (portable PC) yang terjual pada bulan lalu, dan prestasi grafiknya adalah 1000 kali lebih pantas daripada generasi pertama iPad.

Korang boleh tonton siaran ulangan penuh acara media Apple ini di sini.

iPad Pro terbaru ini akan dilancarkan pada 7 November nanti.

Sumber: IGN

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

God of War: Saksikan Video Kelakar Ini Yang Memaparkan Kompilasi Glitch Aneh

Netflix Dah Dedahkan Rupa Henry Cavill Sebagai Geralt of Rivia – Ini Geralt Ke Legolas?