Minggu lalu, CEO Microsoft, Satya Nadella telah menyatakan perancangan teknologi mereka untuk menjadi seperti “Netflix versi gaming” melalui projek baru mereka iaitu Project xCloud. Terbaru, sebuah lagi syarikat gergasi dikatakan akan mengikuti jejak langkah yang seakan sama.

Apple juga dilaporkan sedang berada di tahap awal pembangunan untuk membawakan servis langganan game, dan sekarang sedang berbincang dengan para pembangun game sejak lewat 2018 tentang potensi servis ini.

Menurut laporan Cheddar, berita ini datang daripada lima sumber, dan disebabkan perancangan ini masih di tahap awal, Apple boleh sahaja membatalkannya pada bila-bila masa.

Laporan tersebut turut menyatakan yang Apple ada menawarkan diri kepada para pembangun game untuk menjadi penerbit kepada game-game mereka, bermakna Apple sedang mempertimbangkan untuk mengedarkan game mereka sendiri di platform iOS.

Apakah pandangan korang tentang satu trend yang semakin mengambil alih dunia pada masakini ini? Servis langganan game — mampukah ia menambat hati para gamers?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.