Pengguna komputer jenama Apple sering kali disindir oleh pengguna PC lain kerana peranti mereka tidak mampu untuk bermain game-game yang memerlukan spesifikasi tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya laporan ini adalah benar, sindiran itu mungkin bakal berubah.
Menurut laporan Economic Daily News dari Taiwan (via Mac Rumors), Apple bakal mengumumkan sebuah model komputer high-end terbaru yang memfokuskan kepada gaming di acara tahunan WWDC 2020.
Tidak banyak butiran yang didedahkan. Antara yang didedahkan setakat ini ialah model tersebut kemungkinan sama ada laptop dengan skrin besar atau all-in-one desktop dengan harga sekitar USD5,000 (~RM20,497). Komputer ini dikatakan akan dipasarkan sebagai model yang akan menuju ke arah esports.
Tarikh acara konvensyen Apple WWDC untuk tahun ini masih belum diumumkan, walau bagaimanapun ia sering diadakan pada bulan Jun.
Seperti biasa, status laporan ini masih lagi dalam bentuk khabar angin. Jadi, baca boleh, percaya jangan dulu. Sama ada laporan ini sahih ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan.
Comments
Loading…