Apple Arcade pertama kali diumumkan pada Mac lalu. Dalam acara tahunan Apple yang diadakan tengah malam tadi, mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran dan harga servis langganan gaming mobile itu.

Apple Arcade akan dilancarkan terlebih dahulu di iOS pada 19 September, dan kemudian dilancarkan ke iPadOS dan tvOS pada 30 September ini. Harga yang akan dikenakan ialah sebanyak USD4.99 (~RM20) sebulan.

Tempoh percubaan percuma selama sebulan akan diberikan semasa pelancaran.

Apple Arcade merupakan servis langganan gaming daripada syarikat gergasi Apple. Dalam langganan ini, Apple menawarkan pelbagai game berbayar yang ada dalam App Store, dikumpulkan dalam satu langganan yang lebih berbaloi. Kesemua game yang ada dalam langganan ini akan boleh dimainkan di iPhone, iPad, iPod Touch, Mac dan Apple TV.

Apple mengatakan yang mereka akan menawarkan lebih daripada 100 game eksklusif baru. Antara game baru yang diumumkan khas untuk Apple Arcade ialah ChuChu Rocket! Universe (Sega), Various Daylife (Square Enix), Pac-Man Party Royale (Bandai Namco), Rayman Mini (Ubisoft) dan banyak lagi.

Beberapa pembangun telah hadir ke pentas Apple malam tadi, memperlihatkan sedikit gameplay dari game masing-masing. Korang boleh saksikannya di bawah:

Sumber: Gematsu

JomKomen!