Apex Legends kini sudah mempunyai 10 juta jumlah pemain. Satu bilangan yang sangat mengejutkan memandangkan game ini tidak menggunakan pemasaran gah seperti game-game AAA lain. 

Walau bagaimanapun, untuk menjadikan game ini benar-benar popular ke seluruh pelusuk dunia, Respawn dan EA perlu menerjah ke kancah mobile, sama seperti apa yang dilakukan Fortnite dan PUBG.

Dan sememangnya EA sudah memikirkan semua itu. Dalam laporan kewangan tahunan suku ketiga, CEO EA, Andrew Wilson telah berbincang mengenai perkara ini kepada para pelabur. Kata beliau:

“Seperti yang saya katakan tadi, kami sedang melihat bagaimana ingin membawa game ini ke mobile dan cross-play dari semasa ke semasa, dan saya jangkakan yang game ini akan mempunyai nilai yang sangat tinggi di Asia, dan kami sedang dalam perbincangan tentang itu.”

Pandangan JomGaming: Sekiranya Respawn dan EA benar-benar ingin menaikkan populariti game ini, mereka seharusnya mengikut langkah Fortnite dalam menyatukan semua pemain dalam satu fungsi cross-play yang amat baik. Langkah PUBG yang mengasing-asingkan server antara PC, konsol dan mobile tidak seharusnya diikuti — apatah lagi mereka memecahkan lagi komuniti pemain dengan kehadiran PUBG Lite.

Sumber: Game Rant

JomKomen!