in , , , , ,

Apex Legends Umumkan Mode Kekal Arena – 3v3 Deathmatch Macam Counter-Strike

Setelah diacah oleh Respawn Entertainment sebelum ini dan seperti yang dijangka ramai, Apex Legends akan memperkenalkan sebuah mode kekal baharu yang dipanggil Arena.

Arena merupakan sebuah mode 3-lawan-3 deathmatch. Bagi korang yang tidak suka dengan situasi skuad lain melakukan serangan ‘third party’ dalam mode Battle Royale, Arena adalah mode yang korang idam-idamkan selama ini.

Apa yang membuatkan Arena disamakan seperti siri game Counter-Strike adalah ia menggunakan konsep membeli senjata dan gajet semasa fasa pra-pusingan, iaitu sebelum sesebuah pusingan bermula. Setiap pusingan, pemain akan mengumpulkan material melalui menghapuskan pihak lawan, memenangi pusingan, serta mengutipkan dari balang-balang material di dalam map.

Material yang terkumpul ini akan digunakan untuk pembelian senjata, gajet, shield, abiliti dan attachment kepada senjata untuk pusingan seterusnya.

Setiap pusingan akan dimenangi dengan menghapuskan kesemua pemain lawan. Pengiraan mata untuk memenangi keseluruhan perlawanan juga agak menarik.

Dua syarat untuk menang sesuatu perlawanan: (1) mendapat tiga mata (menang 3 pusingan), dan (2) menjarakkan dua mata dengan pihak lawan. Bermakna, antara keputusan yang boleh dicapai untuk menang perlawanan itu adalah 3-0, 3-1, 4-2, atau 5-3.

Apabila keputusan tetap seri sehingga 4-4, perlawanan akan memasuki sudden death, iaitu siapa yang menang perlawanan seterusnya akan terus dinobatkan pemenang.

Terdapat 5 map dalam Arena. 2 map adalah lokasi baharu yang direka khas untuk mode ini, manakala 3 map lain adalah lokasi yang diambil dari map-map Battle Royale sedia ada. 3 map dari Battle Royale ini akan bertukar-tukar dengan lokasi yang lain secara dua minggu sekali.

Lebih menarik, bagi pembeli Battle Pass, korang akan boleh level-up dalam kedua-dua mode Battle Royale dan Arena.

Jom layan trailer Arena di bawah. Kami sememangnya tidak sabar untuk mencuba mode ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Francais Game The Witcher Kini Terjual Lebih 50 Juta Unit

Game Co-Op Terbaik Tahun Ini, It Takes Two Capai Jualan 1 Juta Unit