in , , , ,

Apex Legends Season 9 Akan Bawakan Banyak Kandungan Titanfall

Francais Titanfall sudah lama mendiamkan diri, yang mana kali terakhir ia muncul pada 2016 melalui Titanfall 2. Bagi peminat francais ini yang mungkin sudah sekian lama hampa, ini ada sedikit berita baik.

Musim kesembilan Apex Legends dikatakan akan menampilkan banyak kandungan Titanfall, sama ada secara langsung atau tidak.

Info ini didedahkan semasa livestream anjuran BrownGirlGamerCode yang dihadiri oleh beberapa pembangun dari Respawn Entertainment, lapor Dexerto.

“Musim hadapan, Season 9, kamu sebenarnya akan menyaksikan banyak Titanfall kembali ke dalam game [Apex Legends], secara langsung ataupun tidak,” kata pengarahnya, Chad Grenier. “Saya telah memberitahu beberapa orang, kalau kamu peminat Titanfall, nantikan Season 9 kerana akan ada beberapa perkara menarik nanti.”

Penulis senior, Ashley Reed pula berkata:

“Apa yang berlaku dalam Titanfall adalah peperangan, Apex adalah apa yang terjadi selepas peperangan itu, seperti apakah kehidupan di tempat ini? Jadi kami sedang cuba untuk mengintegrasikan Titanfall ke dalamnya, kerana Titanfall sebenarnya adalah sebahagian dariapda universe ini.”

Seperti yang kita ketahui, Respawn beralih ke arah Apex Legends selepas hasil jualan Titanfall 2 tidak memberangsangkan, walaupun ia sebenarnya mendapat pujian tinggi dari pengkritik dan pemain yang sudah memainkannya. Menggunakan asas gameplay dan kisah latar belakang dari Titanfall, Respawn membangunkan sebuah game battle royale percuma, Apex Legends.

Apakah sebenarnya kandungan Titanfall yang akan dibawa masuk ke dalam Apex Legends pada musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Josef Fares Merasakan Kebanyakan Game Single-Player Sekarang Terlalu Panjang

Pembangun Call of Duty Mobile Dan Honor of Kings, Timi Studios Kini Adalah Pembangun Terbesar Dunia