in , , , ,

Apex Legends: Saksikan Legend Baru, Fuse Beraksi Dalam Trailer Penuh Letupan

Respawn Entertainment sememangnya semakin rancak dalam membawakan Legend-Legend baharu dalam Apex Legends.

Legend seterusnya yang akan diperkenalkan ialah Fuse, yang mana ia bakal menyajikan gameplay yang penuh dengan letupan.

Kelebihan pasifnya adalah Grenadier, di mana beliau boleh menyimpan/membawa satu grenad tambahan dalam setiap slot inventori, malah Fuse turut mempunyai grenade launcher yang boleh melancarkan grenad lebih jauh dan lebih tepat.

Kelebihan taktikalnya pula adalah Knuckle Cluster, iaitu melancarkan bom kluster yang memberikan gegaran periuk api kepada musuh.

Ultimate yang dimiliki Fuse pula memberikan ketakutan maksima. Menggunakan sejenis senjata yang dipanggilnya Wally, ia akan mengeluarkan satu bulatan api besar yang mampu mengepung musuh di dalamnya.

Korang boleh saksikan trailer penuh aksi di bawah.

Bersama-sama dengan Season 8, Fuse akan dilancarkan pada 2 Februari.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Day Before: Seperti The Last of Us Dan The Division Bergabung Menjadi Satu Game

PlayStation Studios Akan Lancarkan Game Pertama Untuk Xbox – MLB The Show 21