Dalam review Apex Legends, kami mengatakan yang game ini memerlukan lebih banyak pilihan bilangan skuad untuk kekal mendapat perhatian daripada para gamers — bukan hanya trio sahaja seperti yang ada sekarang. 

Di sebalik ramai yang mahukan solo, duo dan quad queue, data mining oleh Gaming Intel telah menemui bilangan pemain dalam satu skuad yang lebih besar. Apex Legends mungkin akan menambah 6, 12 dan 24-pemain-dalam-satu-skuad. Malah ada juga kod yang menjuruskan kepada penggunaan bot dalam game.

Untuk bilangan pemain dalam satu skuad seperti ini, kemungkinan Apex Legends akan membawakan gamemode dalam masa terhad seperti yang Fortnite sering tampilkan dengan mode 20v20v20v20 dan 50v50.

Walau bagaimanapun, seperti biasa, data mining ini tidaklah kita boleh anggap yang kandungan-kandungan tersebut pasti akan dilancarkan ke dalam game. Ia mungkin hanya diletakkan di dalamnya dan tidak dilancarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.