in , ,

Apex Legends Mobile Mula Sesi Beta Bulan Ini Untuk Android, Screenshot Diperlihat

Laporan sebelum ini yang mengatakan Apex Legends Mobile akan dilancarkan pada tahun ini nampaknya adalah benar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pengarah game, Chad Grenier berkata Apex Legends Mobile akan memasuki sesi beta pada bulan ini, hanya untuk para pemain di India dan Filipina terlebih dulu di platform Android. Dari semasa ke semasa, mereka akan membuka lebih banyak negara untuk sesi beta ini, dan kemudiannya akan turut dikeluarkan untuk iOS.

Apex Legends Mobile direka dengan ciri-ciri khas untuk versi mobile, oleh sebab itu, ia tidak akan mempunyai fungsi cross-play dengan versi PC dan konsol.

Berikut ialah beberapa screenshot dari Apex Legends Mobile yang telah mereka kongsikan:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Horizon Zero Dawn Complete Edition Secara Percuma Sekarang Di PlayStation Store

Sony Ubah Fikiran, Takkan Tutup PlayStation Store Di PS3, PS Vita