EA dan Respawn Entertainment pada hari ini melancarkan Hyperbeat Event untuk Apex Legends Mobile.
Antara kandungan baharu yang ditambah dalam kemaskini ini adalah kehadiran Legend baharu, Crypto, pemisahan mode ranked, beberapa event baharu, Battle Pass baharu serta banyak lagi kemaskini kepada sistem teras.
Pemain Apex Legends di PC atau konsol mungkin sudah mengenali Crypto, namun Legend ini akan diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian platform mobile. Dron yang dikeluarkan akan mengikut Crypto dan secara automatiknya akan mengesan musuh berdekatan dalam satu jangka waktu.
Untuk info lanjut tentang semua kemaskini yang dibawakan ke dalam Hyperbeat Event, korang boleh baca nota patch di sini.
Selain itu, terdapat juga beberapa event eksklusif yang akan dilancarkan untuk para pemain di Malaysia dan Singapura termasuk tournament komuniti yang pertama kali diadakan, pertandingan video dan hadiah mingguan. Korang boleh dapatkan semua berita ini di server Discord rasmi ini.
Comments
Loading…