Jangan terkeliru dengan Legend bernama Forge yang dilaporkan akan dibawakan dalam Apex Legends Season 4 kerana itu memang plot twist yang sengaja dimainkan oleh Respawn Entertainment.
Setelah mengumumkan Forge dalam laman rasmi, mereka keluarkan pula trailer sinematik yang mengejutkan apabila Forge dibunuh oleh Revenant dalam satu temuramah televisyen. Kemudian, dalam trailer pelancaran Season 4, mereka mengesahkan bahawa Revenant lah sebenarnya Legend baharu yang akan diperkenalkan dalam musim akan datang ini.
Dalam trailer ini, Revenant kelihatan cukup menggerunkan. Satu karakter pembunuh misteri robotik yang dahulunya hidup sebagai seorang manusia biasa. Korang boleh tontonnya di bawah:
Season 4 dalam Apex Legends akan dilancarkan pada 4 Februari ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…