in , ,

Apex Legends Lancarkan Versi Sebenar PS5, Xbox Series Hari Ini, Fokus Tambahbaik Grafik

Respawn Entertainment hari ini mengejutkan para pemain konsol generasi terkini dengan pengumuman yang dinantikan.

Apex Legends versi PS5 dan Xbox Series akan dilancarkan pada hari ini. Sebelum ini, para pemain di konsol generasi terkini itu hanya boleh memainkan versi PS4/Xbox One.

Melalui kemaskini terbaharu ini, para pemain PS5 dan Xbox Series X akan dapat bermain Apex Legends dalam grafik native 4K, frame rate 60FPS penuh, kehadiran HDR, resolusi bayang-bayang di map yang lebih tinggi, dan jarak LOD yang lebih besar.

Respawn menjanjikan yang dalam beberapa kemaskini akan datang, gameplay 120FPS akan dibawakan, tambahbaik visual dan audio, serta fungsi khas controller DualSense untuk PS5.

Untuk pemain sedia ada PS4 yang ingin mendapatkan kemaskini ini, mereka perlu memuat-turun versi PS5 secara berasingan, manakala untuk pemain Xbox pula tidak perlu melakukan apa-apa kerana melalui Smart Delivery, ia akan mengesan dan memuat-turun secara automatik versi yang terbaik.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Turbo Golf Racing: Apabila Rocket League Bertemu Dengan Golf Untuk PC, Xbox

Akhirnya Microsoft Umum Game Pass Untuk Pasaran Malaysia, Mulakan Previu Hanya RM0.50 [Kemaskini]