Fortnite akhirnya bakal ada seteru yang benar-benar memberikan saingan sengit?

Sekiranya korang tinggal di dalam gua dalam masa dua hari lalu, mungkin korang tidak akan faham dengan apa yang berlaku dalam dunia battle royale sekarang.

Awal pagi semalam, Respawn telah memperkenalkan Apex Legends, sebuah game battle royale percuma yang berada dalam dunia Titanfall — dan terus melancarkannya di PC, PS4 dan Xbox One.

CEO Respawn, Vince Zampella telah mengumumkan yang game terbaru ini berjaya mengumpulkan 1 juta pemain dalam masa 8 jam. Dan terbaru, dalam laporan kewangan suku tahunan ketiga, CEO EA, Andrew Wilson memberitahu para pelabur bahawa Apex Legends telah memperoleh 2.5 juta pemain unik dalam masa hanya 48 jam pertama, lapor DualShockers.

“Kami trending bergerak pantas untuk ke arah 3 juta pemain,” tambah Wilson.

Lebih menarik, beliau mendedahkan lagi yang game ini juga mencapai 600,000 pemain yang bermain secara serentak semalam. Maknanya, kira-kira 10,000 perlawanan telah dijalankan serentak pada waktu itu (satu perlawanan mempunyai pemain maksimum seramai 60 pemain).

“Ia masih lagi sangat awal, tetapi respon terhadap game ini sangat, sangat kuat… sentimen pemain kelihatan di tahap yang sangat, sangat tinggi sekarang.”

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.