Kalau bercakap tentang game yang paling menjadi bualan setakat ini untuk tahun 2019, pastinya Apex Legends tersenarai sebagai salah satu daripadanya. Di sebalik hanya dilancarkan di tiga platform, iaitu PC, PS4 dan Xbox One, ia mampu menarik bilangan pemain yang cukup ramai.

Terbaru, dalam laporan kewangan suku keempat EA, syarikat itu telah mendedahkan sesuatu yang mungkin akan menggembirakan ramai gamer di luar sana.

EA memberitahu bahawa mereka kini sedang dalam “perundingan lanjut” untuk membawakan Apex Legends ke platform mobile serta melancarkannya ke China dan Korea.

Walaupun hanya menyebutkan tentang dua negara itu, seperti kebanyakan game lain, contohnya Call of Duty Mobile, ia akan dilancarkan terlebih dahulu di negara tersebut, sebelum ia dikeluarkan ke seluruh dunia.

Di samping itu, EA turut mengumumkan bahawa Apex Legends kini merupakan game baru terbitan mereka yang paling pantas berkembang dalam sejarah, yang mana game ini berjaya mengumpulkan 50 juta pemain kira-kira dua bulan lalu.

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: DualShockers

JomKomen!