Apex Legends semakin meluaskan kuasanya sebagai pesaing utama kepada Fortnite.

Selepas 11 bulan berturut-turut menjadi game paling banyak ditonton secara serentak di Twitch, Fortnite akhirnya terpaksa akur kepada populariti Apex Legends — sekaligus menidakkan Fortnite untuk menjadi game yang paling banyak ditonton dalam masa setahun (12 bulan).

Pada Februari 2019, Apex Legends berjaya menjadi game paling banyak ditonton secara serentak di Twitch, lapor GitHyp. Apex Legends dilaporkan mencapai tontonan serentak seramai 670 ribu penonton, manakala Fortnite hanya mencapai 615 ribu penonton.

Secara purata, Apex Legends mengumpulkan 212 ribu penonton pada setiap jam sepanjang bulan lalu, menolak Fortnite ke kedudukan ketiga di belakang League of Legends. Fortnite hanya memperoleh 126 ribu penonton secara purata.

Walau bagaimanapun, takhta yang dimiliki seketika Apex Legends nampaknya tidak kekal lama. Semasa artikel ini ditulis, Fortnite berada di kedudukan pertama dengan 195 ribu penonton, diikuti Apex Legends (116 ribu) dan League of Legends (99 ribu).

Apex Legends boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One, manakala Fortnite boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One, Switch, Android dan iOS. Kedua-dua game ini adalah percuma di kesemua platform.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.