Selepas Iron Crown Event yang telah tamat pada minggu yang lalu, Respawn akan melancarkan event seterusnya yang dinamakan Voidwalker dan event ini bertemakan lore untuk Legend Wraith.

Event ini juga akan bermula beberapa jam lagi dan akan dilangsungkan selama 2 minggu. Event dalam waktu terhad ini juga mempunyai loot percuma dan juga premium loot. Kali ini, mode sementara yang dibawakan mereka ialah Armed and Dangerous yang akan menghadkan weapon dengan hanya sniper atau shotgun. Loot dalam mode ini lebih susah untuk dicari oleh pemain.

Event ini telah memperkenalkan Town Takeover iaitu fasiliti Project: Wraith. Fasiliti ini mempunyai “prototype portal” yang boleh digunakan untuk munculkan diri ke tempat yang lebih jauh dalam peta Kings Canyon. Respawn mengatakan bahawa beberapa “sejarah tersembunyi” diletakkan di lokasi fasiliti Wraith ini.

Respawn juga mengeluarkan dua jenis loot iaitu free loot dan premium loot. Free loot akan didapati melalui challenges yang akan disediakan semasa event berlangsung dan premium loot perlu dibeli dengan menggunakan Apex Coins.

Selain itu, Respawn mengatakan mereka akan letak lagi enam legendary loot yang boleh didapati melalui in-game currency atau crafting material.

Apex Legends adalah battle royale yang menggunakan latar belakang universe Titanfall. Muat turun sekarang secara percuma di PC, Playstation 4 dan Xbox One.

JomKomen!