Respawn telah melancarkan Iron Crown Collection Event untuk Apex Legends yang akan berlangsung dari 13 hingga 27 Ogos. Apa kandungan baru yang ada dalam kemaskini baru ini?

Pertama sekali, yang paling dinantikan ramai ialah Solo Mode. Sejak dilancarkan Februari lalu, mereka hanya membawakan matchmaking squad-up seramai 3 pemain, dan kini akhirnya pemain boleh menjadi Champion secara solo.

Dan disebabkan Solo Mode ini hanya ditampilkan dalam waktu terhad yang disebutkan di atas, ramai pemain sudah meminta Respawn agar mengekalkan mode ini buat selamanya.

Selain itu, terdapat lokasi baru yang ditambah ke dalam map, yang digelar Town Takeover. Lokasi ini direka berlandaskan sejarah Octane — mempunyai ramp, jump pad serta gegelung api di tengah-tengah.

Di samping itu, mereka turut membawakan pelbagai skin kosmetik menarik untuk pelbagai Legends. Korang boleh saksikan semuanya dalam trailer di bawah:

JomKomen!