Store Apex Legends sentiasa dikritik oleh para pemain kerana menjual skin senapang yang lebih kurang sama pada harga lebih premium.

Apex Legends bukanlah satu-satunya game battle royale yang mempunyai kedai dan barangan in-game yang boleh dibeli oleh pemain. Tidak seperti Fortnite yang mempunyai update setiap hari, Apex Legends sebagai sebuah game free-to-play berharap pemain akan membeli barangan in-game mereka.

Flatline.

Bagaimanapun, Apex Store telah dikritik kerana menawarkan harga yang mahal untuk sebarang Legendary skin pada harga USD18. Berbangkit dari itu, sejak kebelakangan ini mereka telah cuba untuk mengeluarkan rekabentuk skin yang baru.

Tidak cukup dengan itu, pemain juga mengkritik masalah “skin recolour” iaitu dengan mengambil rekabentuk skin senjata dan HANYA menukar ke skema warna yang berbeza. Walaupun masalah ini tidak besar mana, pemain kipas-susah-mati menyatakan warna yang diletakkan adalah lebih kurang sama.

Sumber daripada Dexerto.

Seorang pengguna reddit mengeluarkan meme yang menunjukkan skin Kraber iaitu skin “The Life Saviour” dan “Rescue Effort”. Skin ini menunjukkan warna yang berbeza tetapi design yang sama. Walaupun rekaannya berbeza di sini tetapi warna yang digunakan adalah lebih kurang sama.

Apex Store in a nutshell. from apexlegends

EA sedia maklum akan isu ini dan sebagai pujukan telah memberi peluang untuk pemain mendapatkan heirloom Lifeline secara percuma dengan syarat membeli 24 loot box yang disediakan di dalam event Fight or Fright. Namun begitu, masih ramai juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini.

Apex Legends telah membuktikan bahawa mereka akan mencuba untuk memberi apa yang diminta oleh pemain mereka. Banyak lagi yang boleh diubahsuai di Apex Store untuk memberi kepuasan kepada pemain mereka.

Tapi, janganlah buat kerja ala kadar, dan dijual kepada pemain pada harga tak masuk akal ya tak?

JomKomen!