in , , , ,

Apex Legends Digodam Oleh Penggodam Yang Tak Puas Hati Titanfall Digodam

Mungkin korang sedikit keliru apabila membaca tajuk di atas. Biar kami terangkan.

Ada pemain game pertama Titanfall yang masih marah dengan sesetengah pemain lain yang menggodam (hacking) dan menipu (cheating) dalam game tersebut. Untuk mendesak dan menunjukkan protes kepada Respawn Entertainment yang lambat mengatasi isu itu, mereka yang marah ini telah menggodam pula Apex Legends.

Godaman ini berlaku kira-kira jam 4 pagi (waktu Malaysia) di mana ramai pemain Apex Legends tidak dapat bermain mode-mode dalam game itu dengan lancar, sebaliknya mendapat mesej tertulis “TF1 telah diserang, maka Apex pun sama”, serta mengajak pemain melayari SaveTitanfall.com.

Di laman web itu, kumpulan ini menamakan misi untuk ‘menyelamatkan’ Titanfall ini sebagai ‘Operation Red Tape’.

“Titanfall adalah francais yang disayangi ramai, dan isu penggodam semakin teruk,” tulis laman web tersebut. “Komuniti Titanfall telah merayu kepada Respawn untuk membaiki isu ini selama lebih tiga tahun, namun menemui jalan buntu. Hari ini game ini masih dijual, dalam masa sama tidak boleh dimainkan sepenuhnya. Sudah tiba masanya untuk kami bersuara.”

Menurut banyak laporan di Reddit, godaman di Apex Legends ini berlaku di seluruh dunia untuk semua platform termasuk PC, PlayStation, Xbox dan Switch.

Kira-kira jam 10 pagi tadi, Respawn telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa matchmaking Apex Legends telahpun kembali pulih dan pemain boleh bermain seperti biasa. Beberapa jam sebelum itu, ketika isu tersebut masih belum selesai, mereka telah memastikan bahawa serangan itu tidak memberikan sebarang kesan kepada maklumat peribadi atau akaun pemain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Until We Die: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Bos Xbox, Phil Spencer Kata Pengambil-Alihan Studio Adalah Sesuatu Yang ‘Sihat Dan Semula Jadi’