Apex Legends telah merekodkan satu lagi pencapaian yang cukup membanggakan.

Respawn telah mengumumkan bahawa Apex Legends telah mencapai 50 juta pemain berdaftar dalam masa sebulan ia dilancarkan. Statistik ini diumumkan melalui satu video yang dimuatnaik — yang mana turut memaparkan beberapa klip video popular oleh komuniti, serta beberapa hasil seni lukisan (artwork) oleh peminat.

Korang boleh tontonnya di bawah:

Sebagai perbandingan, penganalisis terkenal, Daniel Ahmad telah berkongsikan sedikit statistik antara Apex Legends dengan Fortnite. Apex Legends mengambil masa masa hanya sebulan untuk mengumpulkan 50 juta pemain, manakala Fortnite pada minggu ke-16 cuma mampu untuk mengumpulkan 45 juta pemain.

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!