4 Februari ini menandakan ulang tahun pertama Apex Legends, dan game shooter percuma ini sudah bersedia untuk melancarkan musim keempatnya.
Beberapa info awal tentang Season 4 — dinamakan ‘Assimilation’ — untuk Apex Legends telah didedahkan oleh Respawn Entertainment. Antara kandungan yang akan ditampilkan dalam musim akan datang itu ialah Legend baru, senjata baru dan sedikit perubahan kepada map sedia ada, World’s Edge.
Legend baru yang akan ditambah digelar Forge. Abiliti yang dimilikinya semasa gameplay masih belum didedahkan, namun lore di sebalik karakter ini telah dikongsikan. Karakter yang berbadan tegap dan sasa ini merupakan juara lima kali Hyperfighting Federation.
Senjata baru yang akan diperkenalkan ialah Sentinel, selaras senapang bolt-action sniper rifle yang Respawn katakan sebagai satu senjata yang “rasa sangat kuat”.
Battle Pass serba baharu juga akan dilancarkan — membawakan lebih daripada 100 item eksklusif termasuklah skin Legendary, Apex Packs, Loading Screens, Music Packs, dan banyak lagi.
Season 4 Apex Legends akan dilancarkan pada 4 Februari untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…