Apex Legends kali ini akan membawakan event Halloween yang bakal tiba pada 15 Oktober ini untuk content update Season 3.

Event ini adalah event seperti Voidwalker, ia adalah event dengan masa yang terhad bermula 15 Oktober hingga 5 November. Event ini juga akan mengeluarkan beberapa skin yang baru dan skin ini boleh dibeli menggunakan “event currency” atau Apex Coins.

Antara skin yang bakal keluar adalah skin Caustic yang akan lihat seperti IT/Clown, Gibraltar seperti Frankenstein, Bloodhound seperti Scarecrow, Crypto seperti Dracula dan beberapa skin lain untuk Legend lain-lain.

Weapon skin yang baru juga akan dikeluarkan nanti semasa event tersebut seperti Alternator, R-301, Hemlok, Spitfire dan lain-lain.

Sumber: @That1MiningGuy
Sumber: @That1MiningGuy

Event ini akan mengembalikan King’s Canyon tetapi versi malam. Semasa event ini, Respawn akan membuka semula mode Solos yang dinamakan Shadowfall dan mode ini akan berbeza antara mode lain. Oleh sebab event ini bertemakan Halloween, game mode ini akan menjadikan pemain seperti Legeng biasa semasa turun dari kapal tetapi mereka akan bertukar menjadi zombie apabila mati. Zombies ini akan diletakkan sebagai “Shadow Squad“. Semasa dalam keadaan zombie, pergerakan dan pukulan pemain lebih laju dan kuat daripada biasa.

Gameplay Shadowfall ini juga berbeza daripada solo mode yang biasa. Keadaan zombie mode ini akan diakhiri dengan meniinggalkan 10 orang biasa dan yang mati akan menjadi zombie. Kesemua 10 orang biasa itu perlu berlawan dengan “Shadow Squad”  pergi ke arah “evac ship” untuk menang.

Event ini bukan hanya membuat pemain menjadi zombie, malah mereka juga meletakkan monster baru seperti labah-labah yang akan mengganti Leviathan di King’s Canyon.

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!