in , , , ,

Apex Legends Bawakan Event Khas Bertemakan Bloodhound, Dapatkan Item Eksklusif Menarik

Dari 7 hingga 21 April ini, Respawn Entertainment akan membawakan satu event waktu terhad dalam Apex Legends yang bertemakan Bloodhound — digelar ‘The Old Ways’.

Mode baru yang ditampilkan ialah Bloodhound’s Trials yang mana para pemain akan squad-up dan bertarung menundukkan prowlers untuk mendapatkan high-tier loot. Tapi ingat, para pemain turut berentap menentang skuad lain dalam mode ini untuk mendapatkan loot yang terbaik.

Seperti event-event sebelum ini, ia didatangkan sekali dengan cabaran harian dan peluang untuk memperoleh kosmetik eksklusif bertemakan event ini. Ada juga beberapa kosmetik lain yang boleh dibeli terus dari store dalam game.

Seperti lore untuk karakter lain yang pernah dibawakan, Respawn kali ini mengeluarkan video tentang kisah latar belakang Bloodhound yang penuh misteri itu pula. Jom tonton:

Selain itu, satu lagi berita penting untuk para pemain Apex Legends ialah playlist Duo dan map King’s Canyon akan diletakkan secara kekal ke dalam game. Bermakna, bermula 7 April ini, pemain berpeluang untuk memilih sama ada mahu bermain Duo atau Trio (seperti selalu) dan memilih sama ada untuk bermain di map World’s Edge atau King’s Canyon.

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Meka Hunters Kini Dilancarkan Ke Peranti Mobile - Game Yang Dibikin Pembangun Tempatan Secara Solo

Meka Hunters Kini Dilancarkan Ke Peranti Mobile – Game Yang Dibikin Pembangun Tempatan Secara Solo