Sejak dilancarkan pada bulan lalu, akhirnya Apex Legends akan mendapat kandungan tambahan baru.

Respawn Entertainment telah mengumumkan Season 1 untuk Apex Legends, yang digelar Wild Frontier. Bersama-sama dengan Season 1 ini, akan didatangkan sekali Battle Pass serta satu Legend (karakter) baru.

Semua kandungan baru ini akan dilancarkan pada 1 pagi, 20 Mac 2019 (waktu Malaysia).

Battle Pass dalam Apex Legends ini boleh dikatakan mengambil terus model yang digunapakai dalam Fortnite. Battle Pass boleh dibeli dengan harga 950 Apex coin, iaitu USD10 (~RM40). Battle Pass juga boleh dibeli dengan 2800 Apex coin untuk meng-unlock terus 25 level pertama.

Juga sama seperti Fortnite, menurut blog post ini, sekiranya pemain berjaya mencecah ke level 97, pemain akan mempunyai Apex coin yang cukup untuk membeli Battle Pass pada Season 2. Makna kata, pemain hanya perlu membeli sekali sahaja Battle Pass pada Season 1, mainkan sehingga level yang mencukupi dan Battle Pass untuk Season 2 sudah tersedia untuk korang dapatkan.

Walau bagaimanapun, Battle Pass dalam Apex Legends tiada Challenge yang perlu diselesaikan seperti Fortnite. Sebaliknya, ia hanya fokus kepada “level up” sahaja kerana Respawn mahu memberikan lebih kandungan kepada para pemain.

Selain Battle Pass, tengah malam ini juga akan dilancarkan sekali Legend baru, iaitu Octane. Menurut blogpost PlayStation, abiliti Octane ialah dia mampu bergerak pantas apabila diaktifkan, namun ia akan mengurangkan nyawanya. abiliti pasifnya pula, ia akan menambah nyawanya sendiri semula secara automatik apabila tiada tembakan diarahkan kepadanya. Abiliti ultimate pula, Octane mampu mengeluarkan Launch Pad dan menerbangkan mana-mana pemain ke udara apabila memijaknya.

Sama seperti Mirage dan Caustic, Octane boleh di-unlock dengan 12,000 Legends Token, dan dia tiada kena-mengena dengan Battle Pass.

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.