Seperti yang dijanjikan semalam, awal pagi tadi, Respawn Entertainment telah memperkenalkan game terbaru daripada mereka. 

Digelar Apex Legends, ia merupakan game first-person shooter yang menggunakan mechanics dan latar belakang Titanfall 2. Membawakan genre battle royale, 3-pemain dalam satu skuad dalam server yang dipenuhi 60 pemain — apa yang paling penting ialah Apex Legends merupakan game percuma (free-to-play)!

Membezakan game ini dengan game-game battle royale lain adalah ia mempunyai lapan karakter, digelar Legends, yang berbeza. Setiap Legends memiliki abiliti unik masing-masing — yang mana ramai mengatakan ia membawakan aura seperti Hero dalam Overwatch.

Seperti mana-mana game percuma lain, Apex Legends menawarkan microtransactions dalam game — namun jangan risau kerana semuanya berasaskan kosmetik, dan tidak akan mempengaruhi gameplay.

Salah satu mechanics baru yang dibawakan ke dalam game ini yang benar-benar menarik perhatian penulis ialah selain sistem revive, ada juga sistem respawn. Rakan korang yang telah mati, kad chip-nya boleh diambil, dan boleh dihidupkan semula di spawn beacon. Semestinya, proses menghidupkan semula (respawn) rakan korang ini akan menarik perhatian yang besar kepada pemain-pemain lawan. Bertambah tegang, pemain yang telah respawn itu akan hidup semula dengan tangan kosong, dan pemain lain perlu membantunya mencari senjata-senjata semula.

Sejurus diperkenalkan, Apex Legends sudah boleh terus dimuat-turun dan dimainkan sekarang di PC, PS4 dan Xbox One! Selamat mencuba dan jom!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.