Sejak pelancaran Solos dan Iron Crown Collection Event, apakah konten baru yang ada pada Kings Canyon dan juga Apex Legends? Jom kita baca dan lihat.

Solos mode adalah mode yang memberi peluang kepada pemain Apex untuk bermain secara solo dan bertarung tanpa pertolongan rakan sepasukan. Inilah masanya untuk pemain Apex Legends menguji bakat sama ada boleh menembak atau akan ditembak.

Kings Canyon telah diubahsuai dan ditambah dengan lokasi menarik yang baru iaitu Gauntlet.

Gauntlet adalah lokasi yang direka khas menggunakan kisah sejarah (lore) Legend Octane dan menambahkan gameplay baru dengan adanya ramp, jump pad dan gegelung api.

Selain itu, skin eksklusif Legends yang ada dalam Iron Crown Event ini sangat ganas paras rupanya. Korang boleh lihatnya di bawah:

Bloodhound: The Centurion.
Wattson: The Warrior Empress.
Pathfinder: War Machine.
Mirage: Captain Baboozle.
Bangalore: Nerves of Steel.
Wraith: Protector of the Void.
Lifeline: Judge Jury Executioner.
Gibraltar: Call to Arms.
Caustic: Barrel of Laughs.

Legendary skin yang ada pada event ini kesemuanya adalah 7, serta 2 skin Epic yang hanya ada pada Bangalore dan Caustic. Tetapi barang kosmetik yang dinantikan oleh ramai kipas-susah-mati Apex Legends adalah Heirloom Bloodhound iaitu Raven’s Bite. Heirloom adalah tier item yang tertinggi dalam Apex Legends.

Heirloom ini boleh dibeli sebanyak 3,500 Apex Coins iaitu lebih kurang $60 (~RM250). Tetapi, untuk mendapatkan Raven’s Bite lebih kurang sebanyak $170 (RM700++) iaitu bersamaan 20,000++ Apex Coins dikehendaki beli. Tujuan ini adalah untuk mendapat semua 24 barang kosmetik event ini dan akhir sekali Heirloom ini.

Selain menggunakan Apex Coins, players juga boleh beli barang kosmetik ini dengan menggunakan Crowns iaitu in-game currency yang sedia ada semasa event terhad ini. Cara untuk dapatkan Crowns adalah dengan menghabiskan mission sedia ada semasa event yang sedang berlangsung ini. Ini membuatkan cara mendapatkan barang kosmetik dengan lebih mudah.

Event Shop

Mari kita ramai-ramai grind event ini hingga 23 Ogos 2019 untuk mendapatkan barang terhad ini. Jom! Apa lagi? Download Apex Legends secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!