Season 3 Apex Legends semakin menghampiri sebulan dilancarkan. Respawn Entertainment akan membuat patch update yang baru dan juga membaiki bug yang ada dalam game.

Apex Legends telah menunjukkan kejayaan mereka dengan mengeluarkan map baru iaitu World’s Edge untuk Season 3 dan juga event terhad “Fight or Fright” yang menggunakan map lama King’s Canyon dengan bersuasana malam. Justeru, Respawn Entertainment berpeluang lagi untuk menaik taraf map World’s Edge seperti mana yang dibuat pada Season 2.

Ramai pemain yang masih tidak berpuas hati dengan bug yang wujud dalam game semasa bermain. Kadangkala “step sound” yang ada pada in game tidak didengari dan menyebabkan terciduk semasa berperang.

Membaiki Bug

Buat pada masa ini, bug yang ada adalah seperti berikut yang telah disahkan oleh Respawn tetapi tidak dijamin akan diberi untuk patch yang akan datang.

  • Masalah Penggunaan Pheonix Kit
  • Healing bug
  • Out of bounds
  • 3rd-person shield cell/battery bug
  • Bug lencana Series 1

Respawn Entertainment juga akan mengeluarkan beberapa patch baru yang akan diimplementasikan tidak lama lagi.

Patch yang akan datang

  • Firing Range baru
  • Legend tokens boleh dipakai untuk re-roll daily challenges
  • Pertukaran voiceover ke bahasa Inggeris
  • Menetapkan deathbox UI dibuka semasa ditembak
  • Mebaiki game cursor velocity PC/Konsol

Bug yang sedang disiasat

  • Lifeline DOC bug
  • Warna rambut Mirage
  • Penambahan butang untuk membersihkan status dalam game

Itu sahaja buat pada masa sekarang yang sedang dikerjakan oleh Respawn. Respawn akan mengeluarkan isu bug dan fixes dengan lebih terang kepada awam dan pemainnya dengan lebih jelas.

Sumber: Apex Tracker

JomKomen!