Tahun 2019 telah dibuka dengan satu kejutan yang amat besar. EA dan Respawn telah melancarkan Apex Legends, sebuah game battle royale dalam dunia Titanfall, dan yang paling penting, ia adalah percuma untuk dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Selepas memperoleh 25 juta pemain dalam masa seminggu sahaja sejak pelancarannya, ramai yang beranggapan bahawa Apex Legends bakal memecahkan dominasi yang dipegang oleh Fortnite sepanjang tahun 2018. Walau bagaimanapun, statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Epic Games akan membuatkan korang fikir semula tentang ramalan ini.

Epic Games telah mendedahkan yang semasa konsert DJ Marshmello yang berlangsung dalam Fortnite pada 2 Februari lalu, game ini telah mencapai 10.7 juta pemain online serentak, iaitu rekod tertinggi untuk game ini. Selain itu, mereka turut mendedahkan pada 16 Februari pula, 7.6 juta pemain serentak telah berjaya dicapai — iaitu jumlah tertinggi yang pernah dicapai oleh Fortnite semasa tiada apa-apa acara dijalankan.

Sama ada Apex Legends akan menenggelamkan Fortnite tahun ini ataupun tidak, ia semestinya sesuatu yang terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, yang pasti Apex Legends dan Fortnite pastinya mempunyai audiens yang berbeza kerana walaupun memiliki aura battle royale sama, ia tetap mempunyai perbezaannya yang banyak.

Sumber: Gamespot

JomKomen!