Iron Crown Event” adalah event kedua Apex Legends lancarkan sejak event musim pertama “Beast of the Hunt” yang ramai menggunakan Bloodhound.

SOLOS IRON CROWN EVENT.

Sejak Apex Legends masuk ke dalam kancah Battle Royale pada Februari lalu, permintaan yang sangat popular oleh ramai: solo mode. Pada ketika ini, kita hanya boleh squad-up dengan 3 orang pemain, tapi tidak lama lagi kita boleh mendarat di King’s Canyon dan bergantung dengan skil dan abiliti sendiri untuk mencapai kemenangan — tanpa pertolongan daripada rakan sepasukan.

Respawn telah mengumumkan mode Solos dalam waktu terhad. Event ini akan dilangsungkan untuk 2 minggu sahaja bermula dari 13 hingga 27 Ogos ini. Bersama-sama dengan Solos, Iron Crown Collection Event turut diumumkan dengan iklan acahnya berkemungkinan menggunakan Toksik Caustic sebagai Legend primarinya kerana skin yang diberikan dalam Musim ke-2 Battle Charge ini adalah skin Caustic yang dinamakan “Prince of Darkness”.

Skin yang begitu gempak dan nampak seperti gabungan Power Rangers x Kamen Rider itu memberi gambaran rupa bentuk Caustic ganas. Kepada pemain Apex yang mempunyai Battle Pass tak perlu hirau untuk dapatkan loot-loot eksklusif pada masa itu. Tetapi kepada pemain baru, anda tidak perlu beli untuk mendapatkan skin cosmetic Caustic ini.

Muat turun Apex Legends sekarang di PC, PS4 dan Xbox One sekarang dan mulakan grinding anda untuk dapatkan loot-loot tersebut.

JomKomen!