Apex Legends akan ban players yang menyalahguna “Quit” untuk mengelakkan diri mereka daripada ranked point ditolak. Ini telah disahkan oleh Respawn.

Rank games dalam Apex Legends telah menjadi satu proriti bagi pemain kipas-susah-mati dan mereka akan cuba grind sebanyak mungkin untuk menaikkan rank mereka.

Pengiraan Rank Points.

Penggunaan bug ini amat mudah dan telah disalahguna oleh ramai pemain yang grind rank.

Pengiraan Ranked Points tanpa Loss Forgiveness.

Apex Legends mempunyai satu masalah yang sentiasa mengeluarkan pemain daripada game ke “Start-up screen” dengan mengeluarkan satu code yang tertentu. Pada Season 2, code yang digunakan adalah “code:net” dan juga “code:leaf”.

Oleh sebab kedua-dua code ini wujud, Respawn telah mengimplementasikan update pada Season 3 iaitu “Loss Forgiveness”. Caranya adalah apabila dua daripada tiga orang pasukan sendiri telah ditewaskan oleh musuh, pemain yang terakhir hanya perlu menekan “Alt+F4” untuk mengelakkan diri daripada Ranked Points ditolak.

Ini telah menyebabkan beberapa orang meningkatkan rank dengan senang. Kekecewaan pemain yang tidak menggunakan method “Quit” ini berasa amat susah untuk memanjat ke tangga leaderboards Apex Legends kerana bermain dengan jujur.

Respawn mencari players yang menyalahguna “Quit”.

Drew McCoy iaitu Project Lead untuk Respawn mengatakan bahawa mereka telah ban beberapa pemain yang menyalah guna “Quit” untuk mengelakkan diri mereka daripada ranked points ditolak. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk kekalkan ban kepada pemain yang menyalahguna “Quit” yang berterusan.

Walau bagaimanapun, Respawn akan mengambil masa untuk memperbaiki masalah ini dan ban pemain yang didapati menyalahguna “Quit”. Banwave akan dilakukan oleh Respawn kemungkinan selepas patch update yang akan datang tidak lama kemudian. Harap pemain dapat ambil pengajaran atas perbuatan mereka ini.

JomKomen!