in , ,

Apakah Sebenarnya New Football Game? Bila Konami Akan Dedahkan PES 2022 Secara Rasmi?

Dengan pelancaran mengejutkan New Football Game Online Performance Test semalam, Konami telah mengeluarkan kenyataan, berkongsikan apakah yang cuba dicapai melalui sesi percubaan ini.

Walaupun semua tahu bahawa ini merupakan game Pro Evolution Soccer (PES) yang seterusnya, Konami masih tidak mahu menggunakan judul tersebut, sebaliknya hanya menggunakan satu nama yang sangat generik iaitu New Football Game.

Harus diingat, versi beta ini hanya boleh dimainkan secara online, atau dalam kata lain, tiada sebarang perlawanan yang boleh dimainkan secara offline.

Konami berkata ini merupakan satu pengalaman bola sepak yang baharu. Objektifnya adalah untuk menilai kualiti online matchmaking dan sambungan kepada server. Mereka turut mengingatkan bahawa mekanisme gameplay, penyeimbangan, animasi dan grafik semuanya masih berada dalam pembangunan dan akan ditingkatkan sebelum pelancaran penuhnya kelak.

Kami tidak mahu berkongsikan apakah pandangan pertama kami selepas mencuba sesi ini kerana ia hanyalah satu percubaan terhadap kualiti server-nya sahaja. Dengan server yang begitu lagging kerana ditemukan dengan pemain-pemain yang berlokasi jauh, kita tidak dapat benar-benar menilai apakah pembaharuan gameplay yang dibawakan dalam game ini.

Satu persoalan besar timbul selepas pelancaran sesi ini, mengapakah menggunakan judul New Football Game, bukan PES 2022?

Apa yang kami boleh fikirkan sekarang ini adalah tiga kebarangkalian.

Pertama, Konami mungkin tetap akan menggunakan jenama PES, namun, disebabkan sesi percubaan ini masih terlalu awal dalam pembikinan, maka mereka tidak mahu memburukkan nama PES itu sendiri apabila para pemain melihat gameplay, animasi dan grafiknya yang amat teruk.

Kedua, Konami mungkin sekali lagi akan menukar judul rasmi untuk game bola sepak mereka pada tahun ini. Kami menganggap bahawa disebabkan mereka belum bersedia untuk mendedahkan judul baharu itu, namun sesi prestasi perlawanan online perlu dijalankan segera, maka mereka hanya menggunakan nama yang generik untuk sesi ini.

Dalam siri PES 2020, Konami telah menggunakan judul rasmi baharu iaitu ‘eFootball PES 2020‘, kemudian berehat dengan PES 2021 dengan hanya melancarkan Season Update.

Kebarangkalian ketiga adalah Konami mungkin akan melancarkan satu game baharu yang percuma (free-to-play), berbeza dengan game berbayar PES 2022 tradisional yang akan dilancarkan secara berasingan. Hal ini kerana Konami mengatakan ini adalah satu ‘pengalaman bola sepak yang baharu’.

PES 2022 sememangnya membuatkan ramai peminat setia teruja kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, Konami akan menggunakan Unreal Engine untuk membangunkan game bola sepaka mereka.

Jadi, bila sebenarnya Konami akan mendedahkan PES 2022, atau apa jua judulnya kelak?

Konami mengatakan mereka akan mengumumkan game baharu ini pada 21 Julai 2021, mendedahkan pelancaran rasmi dan segalanya tentang game tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober - Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Sekuel Mini Ghost of Tsushima, Ghost of Ikishima Dilaporkan Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

CD Projek Red, Netflix Ingatkan Tentang Acara Khas WitcherCon Melalui Trailer Baharu