in ,

Apabila Quidditch Dari Harry Potter Dan Rocket League Bergabung, Memperkenalkan Broomstick League

Sebagai peminat siri fantasi Harry Potter, kita pasti pernah tertanya: ada tak video game bertemakan Quidditch? Tak usah tertanya-tanya lagi kerana ia kini bakal menjadi kenyataan.

Broomstick League merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh Blue Isle Studios. Game ini tidak memerlukan penjelasan yang banyak kerana melihat sahaja video gameplaynya, kita sudah boleh tahu ia menggabungkan permainan Quidditch yang dicipta dalam siri Harry Potter dan game bola-sepak-kereta yang dibangunkan Psyonix, Rocket League.

Jom layan trailer ini:

https://youtu.be/rFrBNr8j97A

Buat masa ini, mereka hanya mengumumkan satu platform sahaja iaitu di PC. Game ini akan dilancarkan pada 5 Mac 2020 di Steam, dan mereka sedang menjemput para pemain untuk mendaftar bagi mencuba versi beta.

Kalau game ini menemui kejayaan di Steam, pastinya ia lebih menarik untuk dibawakan ke platform-platform lain seperti PS4, Xbox One atau Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

CEO Ubisoft Kata “Hampir Semua” Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5

Pengubahsuaian Karakter Dalam Moving Out Boleh Naik Kerusi Roda, Pakai Hijab

Pengubahsuaian Karakter Dalam Moving Out Boleh Naik Kerusi Roda, Pakai Hijab