in , , , , , ,

Apabila Ninja Dan Drake Bergabung Dalam Fortnite, Rekod Baru Di Twitch Tercipta

Sumber gambar: Dexerto

Bukan sekadar gimik.

Sumber gambar: Dexerto.

Janganlah mengaku korang adalah pemain Fortnite kalau tak pernah tengok aksi-aksi Ninja, pro streamer yang mencipta fenomena luar biasa di Twitch sekarang. Baru-baru ini, beliau telah menjadi satu-satu channel di Twitch yang mempunyai followers lebih dari 3 juta.

Terbaru, semalam beliau telah melakukan stream, tetapi kali ini dengan skuad yang sangat berbeza. Ninja telah squad-up bersama-sama dengan pemuzik terkenal, Drake. Bukan Drake sahaja, malah, skuad tersebut turut disertai oleh seorang lagi rapper, iaitu Travis Scott dan pemain NFL, Juju Smith.

Apa yang berlaku apabila keempat-empat mereka ini bergabung? Tontonan yang sangat ramai. SANGAT RAMAI.

Channel Ninja yang melakukan livestream itu telah memecahkan rekod Twitch untuk tontonan bukan-pertandingan, iaitu melebihi 600,000 tontonan, yang mana sebelum ini dipegang olehΒ Dr. DisRespect dengan melebihi 400,000 tontonan.

Mungkin ada daripada korang beranggapan bahawa ini merupakan gimik yang dibikin oleh Epic Games, dengan menaja Drake untuk bermain Fortnite. Jika ada yang beranggapan seperti itu, korang sama sekali silap.

Menurut IGN, ia bukan acara yang ditaja oleh Epic, tetapi adalah sesuatu yang tidak dijangka dan bukan lakonan. Drake, yang mana kita tahu sememangnya peminat game Fortnite, dikatakan telah menghubungi Ninja di Instagram. Drake mengajak Ninja untuk main Fortnite bersama, dan ya, beliau berjaya.

Apa yang lebih menarik tentang livestream ini adalah ia dimainkan dengan menggunakan fungsi cross-play, satu fungsi yang kami pernah ajarkan sebelum ini. Kita mungkin boleh katakan yang Drake, yang bermain di PS4, dan Ninja, yang bermain di PC, mungkin tidak dapat main bersama sekiranya tiada fungsi cross-play ini.

Syabas, Epic!

Sekiranya terlepas, korang boleh saksikan semula livestream ini di bawah:

Watch Gods plan | @Ninja on Twitter and Instagram from Ninja on www.twitch.tv

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lara Croft Bakal Kembali Dalam Shadow Of The Tomb Raider, Tarikh Pelancaran Diumumkan

Google Bantu Pembangun Mobile Games Dengan Pilihan Pengiklanan Baru