Masih lagi tidak boleh meneruskan kehidupan selepas mengalami kekecewaan dengan Watch Dogs? Ubati kekecewaan korang itu dengan mod GTA V di PC ini!
Seorang modder, JulioNIB telah membawa dunia GTA V ke satu tahap yang lain selepas berjaya mencipta skrip yang mampu membawa segala aktiviti menggodam yang diinspirasikan dari Watch Dogs.
Kini, korang mampu menghuru-harakan lagi kesibukan simpang empat yang sememangnya sebelum ini sudah huru-hara dengan menukar-menukar warna lampu isyarat. Ataupun, korang mampu meletupkan helikopter polis tanpa perlu melepaskan sebutir peluru pun! Semuanya di hujung jari korang!
Senang cerita, apa yang mampu korang godam di Watch Dogs, boleh juga digodam menggunakan mod ini di GTA V.
Korang bolehlah mula menggodam seluruh Los Santos dengan memuat-turun mod tersebut di sini.
Comments
Loading…