Sejak pelancaran Apex Legends, game ini boleh dikatakan sebagai game genre Battle Royale yang paling menarik selain PUBG dan Fortnite. Apex Legends baru sahaja memasuki Season 3: Meltdown pada 2 Oktober lalu.

Season 3 membawakan tiga tambahan yang besar iaitu dari segi map, weapon dan Legend.

PENGENALAN MAP BARU

World’s Edge.

Respawn telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan dari segi map, kegunaan Legends, weapon attachment dan yang paling dinantikan, pengenalan Legend yang baru. Season 3 Apex Legends membawa wajah yang baru dengan penukaran map King’s Canyon ke World’s Edge, yang mana World’s Edge adalah map yang lebih besar daripada King’s Canyon. Map ini mempunyai beberapa sektor baru dan pada masa ini, ramai setuju Capitol City adalah Skulltown yang baru.

Capitol City.

CRYPTO, PAKAR PENGAWASAN

Crypto merupakan Legend yang dinantikan oleh ramai semenjak diberitahu semasa Season 2. Crypto adalah Legend yang mempunyai drone yang membolehkan pasukannya melihat musuh di tempat yang ingin diserang pada radius tertentu. Bukan itu sahaja, Crypto juga boleh memasuki sistem untuk membuka pintu dan mengambil “respawn beacon” jika rakan sepasukan mati. Ultimate Crypto adalah dengan menggunakan drone untuk stun enemy dan menurunkan shield 50% jika shield level 3.

ANVIL RECEIVER DAN DOUBLE TAP

Hop up seperti Skullpiercer (Level 4 rarity) dan Distruptor Rounds (Level 3 rarity) telah dikeluarkan dari game dan mereka memperkenalkan dua hop up baru iaitu Double Tap (Level 3 rarity) dan Anveil Receiver(Level 4 rarity).

Kiri: Skullpiercer (Level 4 rarity), kanan: Disruptor Round (Level 3 rarity)

Hop up Double Tap (Level 3 rarity) direka khas untuk Eva-8 Auto Shotgun dan G7 Scout Rifle. Dengan menggunakan hop up ini, setiap tembakan akan mengeluarkan 2 das peluru tetapi ia membuatkan tembakan weapon ini menjadi lebih lambat.

Double Tap pada G7 Scout Rifle.

Hop up yang kedua adalah Anvil Receiver (Level 4 rarity) yang dibuat khas untuk R-301 dan Flatline. Hop up ini digunakan apabila kedua-dua assault rifle berada dalam mode “single shot” untuk menggunakan hop up tersebut. Hop up ini memberi damage seperti Wingman dengan tembakan peluru yang melakukan 45++ damage.

Anvil Receiver pada Flatline.

Selain itu, Season 3 telah mengemukakan Battle Pass loot yang mengikut tema Meltdown mereka. Nantikan artikel seterusnya untuk review Battle Pass Season 3: Meltdown di Apex Legends.

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

1 komen

JomKomen!