Menggunakan strategi yang sama dengan Grand Theft Auto V, Rockstar mengeluarkan bahagian online untuk Red Dead Redemption 2, yang digelar Red Dead Online, sebulan selepas pelancarannya.
Tarikh Pelancaran
Red Dead Online sudahpun boleh dimainkan bermula semalam, walau bagaimanapun tidak semua pemain boleh mengaksesnya lagi. Rockstar melancarkannya secara berperingkat, dan korang boleh lihat jadual dan siapa yang boleh mengaksesnya di bawah:
- 27 November: Kesemua yang memiliki Red Dead Redemption 2: Ultimate Edition
- 28 November: Kesemua pemain yang memainkan RDR2 pada hari pertama pelancaran (26 Oktober)
- 29 November: Kesemua pemain yang memainkan RDR2 dari 26 hingga 29 Oktober
- 30 November: Kesemua pemain yang memiliki RDR2.
Mode-Mode Multiplayer Yang Ada
Rockstar telah berkongsi apakah mode-mode multiplayer yang ada. Setakat ini, 5 mode telah didedahkan iaitu:
- Shootout & Team Shootout – mode seperti Team Deatchmatch
- Make it Count – mode battle royale, sama ada menggunakan busur dan anak panah atau pisau baling sahaja
- Most Wanted – game yang menghapuskan antara satu sama lain untuk mendapatkan markah tertinggi, tapi harus ingat, semakin tinggi korang di scoreboard, semakin tinggi nilai “Most Wanted” korang itu
- Hostile Territory – mode seperti Conquest/Domination, yang mana pemain boleh tawan sesuatu kawasan atau menghapuskan pemain lawan untuk menang
- Name your Weapon – gunakan senjata yang pelbagai untuk menghapuskan musuh, lebih susah senjata yang digunakan, lebih banyak markah yang akan diperoleh
Mission Co-Op
Red Dead Online turut menawarkan mission co-op yang mempunyai jalan ceritanya (story) yang tersendiri, digelar A Land of Opportunities. Mission ini boleh dimainkan antara dua pemain hingga empat pemain. Setiap keputusan yang dibuat bersama akan mempengaruhi perjalanan mission ini — sama ada untuk mencari kebenaran atau membalas dendam.
Free Roam Missions
Hilanglah serinya kalau sebuah game open-world tiada free-roam missions, ya tak? Jangan risau, Red Dead Online ada semua ini.
Ikon Stranger yang akan spawn dalam open-world korang bergantung kepada level Honor yang korang miliki pada ketika itu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan lain ialah memohon pertolongan untuk mengiring (escort) sesuatu konvoi, menyerang atau bertahan daripada serangan geng-geng lain, dan banyak lagi.
Private Session
Private Session merupakan salah satu fungsi dalam GTA Online yang amat membantu pemain dan rakan-rakan untuk menikmati sesi online dengan “aman” — tanpa gangguan-gangguan pemain lain yang suka membuat onar.
Menurut laporan Push Square, buat masa ini, Red Dead Online masih lagi tiada Private Session. Rockstar belum lagi memberikan sebarang komen tentang fungsi ini, sama ada ia akan ditampilkan ataupun tidak. Sekiranya ada, bila? Sama-samalah kita tunggu.
Comments
Loading…