in ,

Apa Yang Korang Boleh Lakukan Dengan Kuota Internet Sebanyak 60GB? TM Perincikan Untuk Korang

Tidak semua layak untuk langgan.

Khamis lalu, Telekom Malaysia (TM) telah memperkenalkan pelan Unifi yang baru, digelar Unifi Basic. Ia merupakan pelan yang mensasarkan kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4500.

Apa yang ditawarkan dalam pelan jimat ini? Unifi Basic menawarkan kelajuan muat-turun sehingga 30Mbps dan kelajuan muat-naik sehingga 10Mbps pada harga RM79 sebulan, tetapi didatangkan bersama kuota data terhad sebanyak 60GB sahaja.

Seperti laporan sebelum ini, hari ini, TM telah membuka untuk para pelanggan membuat pra-tempahan bagi Unifi Basic. Pelan ini telah diperjelaskan dengan lebih terperinci melalui laman web rasmi Unifi Basic mengenai syarat-syaratnya, bagaimana untuk membuat pra-tempahan serta beberapa perincian lain-lain.

Mereka yang layak (pendapatan isi rumah kurang daripada RM4500) perlu menunjukkan salah satu daripada dokumen di bawah sebelum layak diterima sebagai pelanggan Unifi Basic, iaitu:

  • slip gaji (untuk yang bekerja) atau
  • surat sokongan daripada pihak berkuasa (untuk yang bekerja sendiri) atau
  • surat penerimaan BR1M

TM turut memberikan contoh aktiviti yang boleh pelanggan lakukan dengan kuota data 60GB itu, iaitu:

▪ Menerima dan menghantar 3,565 emel
▪ Stream muzik untuk 1,091 jam
▪ Melayari internet selama 390 jam
▪ Mengemaskini gambar dan status di media sosial untuk 1,239 post
▪ Stream video Standard Definition (SD) selama 68 jam
▪ Bermain game online selama 152 jam
ATAU
▪ Stream video High-Definition (HD) selama 22 jam
▪ Mengemaskini gambar dan status di media sosial untuk 961 post

Apa yang akan terjadi apabila 60GB kuota data itu habis? Internet masih boleh digunakan namun kelajuannya akan direndahkan. Berapakah kelajuan yang telah direndahkan tersebut masih tidak didedahkan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pelan ini tidak menawarkan Unifi TV dan perkhidmatan telefon. Makna kata, TM tidak menyediakan perkakasan-perkakasan Set-Top Box untuk Unifi TV dan set telefon.

Walau bagaimanapun, TM tetap memberikan beberapa saluran percuma yang boleh pelanggan tontonnya melalui PlayTV yang boleh dimuat-turun di App Store dan Play Store. Untuk perkhidmatan telefon pula, pelanggan boleh membeli setnya secara berasingan, dan caj yang dikenakan untuk setiap minit panggilan adalah RM0.20, sama seperti pelan Unifi biasa.

Untuk korang yang layak dan berminat untuk memohon pelan baru ini, boleh layari laman rasmi Unifi Basic atau baca FAQ untuk mengetahui lebih lanjut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ellie Akan Ada NPC Yang Membantu Dalam The Last of Us Part II Tapi Kita Tak Tahu Lagi Siapa

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang Versi Demo FIFA 19 – Tarikh Keluar, Senarai Pasukan, Game Mode!