in , ,

Apa Terjadi Kepada Kratos Antara God of War 3 Dengan Game Terbaru Akan Diceritakan Melalui Komik Ini

God of War: Fallen God telah diumumkan, iaitu satu siri komik terbaharu terbitan Dark Horse yang akan menceritakan apakah yang dilalui oleh Kratos antara God of War III (2010) dengan God of War terbaharu (2018).

Siri komik ini akan ditulis oleh Chris Roberson dan akan menampilkan illustrasi daripada Tony Parker, yang turut dibantu oleh Dan Jackson dan John Roshell. Isu pertama God of War: Fallen God akan dikeluarkan pada 24 Jun 2020.

Di bawah ialah deskripsi rasmi yang dikeluarkan untuk siri komik ini (tanpa terjemahan):

β€œGod of War: Fallen God follows Kratos after conquering Zeus and thwarting Athena. Believing himself to be finally free of his bondage, he sets sail for the desert in an attempt to distance himself from his home and his shame only to find his rage and guilt follow close behind. Kratos rages against the one foe that has proven to be unconquerableβ€”himself. But a war against oneself is unwinnable, and only invites madness.”

Pada akhir God of War III, Kratos telah berjaya menumpaskan Zeus dan Athena, seterusnya berjaya melepaskan diri dari Greece setelah menghancur-leburkan dunia itu. Apabila kita kembali menemui dalam God of War terbaharu yang dikeluarkan untuk PS4 kira-kira dua tahun lalu, Kratos kini sudah mempunyai seorang anak lelaki bernama Atreus, dan kini berada dalam dunia mitos Norse pula.

Maka, siri komik ini nanti bakal mengisi kekosongan itu dan menjawab segala persoalan tentang apakah yang telah berlaku sehingga membawa kepada latar belakang ini.

Sumber: Comicbook

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Animal Crossing: New Horizons: Pemain Ini Cipta Karakter Ellie Dari The Last of Us

Animal Crossing: New Horizons: Pemain Ini Cipta Karakter Ellie Dari The Last of Us

Konami Cantas Khabar Angin Yang Mengatakan Silent Hill Akan Dibangunkan Semula