Saksikanlah keindahan dunia Uncharted 4: A Thief’s End dari kacamata orang kita.

nathan-drake-uncharted-4

Persekitaran yang terdapat dalam Uncharted 4 memang sungguh menenangkan. Kami yang bermain Photo Mode dalam game ini secara santai juga dapat mengambil screenshots yang agak baik. Apatah lagi apabila jurugambar professional yang menggunakan Photo Mode ini – pastinya menyajikan gambar-gambar yang memuaskan.

Tempoh hari, kami kongsikan koleksi gambar Uncharted 4 seorang jurugambar yang memenangi banyak anugerah dari Amerika Syarikat, iaitu Ray Soemarsono. Pada kali ini, kami kongsikan pula koleksi gambar yang diambil oleh jurugambar professional tempatan, Raja Ariff yang semestinya seorang peminat setia siri Uncharted.

Pastinya, gambar-gambar yang diambil beliau adalah setanding kualitinya dengan Ray Soemarsono, seorang jurugambar yang disenarai sebagai antara 10 jurugambar perkahwinan terbaik oleh majalah American Photo.

AMARAN! Gambar-gambar di bawah terdapat spoiler. Jangan teruskan artikel ini jika anda belum menghabiskan Uncharted 4!

Jom layan hasil kerja beliau yang sangat memukau ini:

uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted uncharted

Di atas hanyalah beberapa gambar pilihan kami dari ratusan gambar dalam koleksi Raja Ariff. Anda boleh layan diri dengan album penuh beliau di sini.

Sekiranya anda tidak tahu, Raja Ariff juga merupakan jurugambar rasmi untuk #TwtupGamersMY 2016, sebuah acara meetup yang JomGaming turut hadir pada 16 April 2016.

JomBaca: Uncharted 4: Dah Dapat Platinum Trophy? Sony Akan Bagi Hadiah Istimewa!

JomKomen!