Sejak pertama kali Death Stranding diumumkan sehinggalah ke saat ini, ia menjadi antara game yang paling banyak menjadi bualan para gamers.

Grafik memukau, gameplay unik dan semestinya dibangunkan oleh pasukan Hideo Kojima, Death Stranding sememangnya menjadi game yang bakal merangkul banyak anugerah, bermula dengan The Game Awards 2019.

Walau bagaimanapun, pernah tak korang terfikir bagaimana rupa grafik dan gameplay game ini sekiranya ia dikeluarkan untuk platform asal PlayStation atau PS1?

Seorang peminat telah berimaginasi sekiranya Death Stranding mungkin dilancarkan kira-kira 20 tahun dahulu. Walaupun video yang dicipta channel
Miziziziz ini hanya berdurasi 20 saat, tetapi sudah cukup untuk menggelikan hati serta membuat kita tersenyum apabila melihat grafik dan gameplay-nya.

Jom layan:

Death Stranding kini boleh dimainkan di PS4. Untuk versi PC, ia akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2020.

JomKomen!