Red Dead Redemption 2 merupakan antara game yang menampilkan grafik visual yang cukup indah. Dari babak sinematik, persekitaran open-world dan rekaan karakter yang sungguh memukau.

Namun, pernah tak kita tertanya-tanya, apa akan jadi kepada game yang cantik ini kalau ia dimainkan dalam settings grafik yang paling rendah?

Red Dead Redemption 2 telahpun dilancarkan untuk platform PC pada awal bulan ini, dan channel Youtube LowSpecGamer telah menurunkan segala settings grafik yang ada dalam game ini untuk melihat bagaimana buruknya game ini sekiranya berbuat demikian.

Korang boleh saksikan hasilnya di bawah. Peringatan kepada wanita mengandung dan insan yang lemah semangat untuk tidak menontonnya kerana ia dipenuhi visual yang menyakitkan mata seperti wajah yang tidak bermuka, kuda dan penampilan berbentuk kotak, font yang buruk dan lain-lain. Haha!

JomKomen!