Tidak akan lengkap menjadi seorang peminat bola sepak yang tipikal sekiranya tidak pernah membandingkan siapa lagi hebat antara dua legenda yang tidak sezaman. Misalnya, membandingkan Lionel Messi dan Diego Maradona.

Tapi perbandingan ini boleh mencecah ke satu tahap kelucuan yang lebih mencuit hati apabila meletakkan 11 orang Messi dalam satu pasukan, berlawan dengan 11 orang Maradona. Ya, ia kedengaran sungguh pelik bin ajaib, tapi itulah yang terjadi dalam video-video yang dimuatnaik oleh Youtuber WorldOfPES.

Channel tersebut, setakat artikel ini ditulis, telah mengeluarkan 8 video PES 2017 yang meletakkan 11 orang pemain yang sama menentang 11 orang pemain lain yang sama. Momen paling kelakar adalah pada ketika awal video di mana pengulas menyebutkan barisan pemain, dan beliau akan menyebut “Maradona, Maradona, Maradona…” dan “Messi, Messi, Messi..” sebanyak 11 kali! Haha!

Nak tahu macam mana hasilnya? Haa, anda kenalah tonton sendiri.

JomKomen!